Thursday 28 April 2011

Selamat Pengantin Baru!

Firstly tahniah kepada kawan kawan saya,Imani and Danesya yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan suami masing-masing,En.K(bkn nama sbnar) and Hafiezrul.. haha.. Imani, sebagai seorang sahabat aku yang baik tapi kedekut,aku gembira wat ko sebab dapat melupakan En.Kegelapan ko dan akhirnya memilih En.K..semoga korang bahagia sehingga ke anak cucu ye!
Danesya pulak,walaupun dlu kite asyik gaduh-gaduh(ko yang cari pasal dengan aku ye) pasal suami kau ni,I'm glad because ko akhirnya dapat merealisasikan impian kau..(kan aku dah cakap yang aku tak minat kat suami kau!) haha..aku harap kau jaga lah suami kau yang tersayang baik-baik supaya tak dikebas pulak..haha.. aku sayang korang! Be a happy family!

Wednesday 27 April 2011

Pernahkah???

Pernahkah :
  -Kawan ada mengkhianati diri anda sendiri sedangkan anda seorang yang sangat setia kepadanya?
Pernahkah:
  -Kawan anda membuat anda menangis hanya kerana semata-mata atas sebab gurauan?
Pernahkah:
  -Kawan anda mengambil orang yang anda suka sedangkan jelas kamu menyukainya?
Pernahkah:
  -Anda terpisah kelas dengan kawan anda dan merasakan hubungan persahabatan semakin jauh?
Pernahkah:
  -Kawan anda menegur dan menceritakan perbuatan anda yang mereka tidak puas hati di hadapan ramai orang dan anda terpaksa menahan malu kerana situasi tersebut?
Pernahkah:
  -Kawan anda mengatakan anda jahat semata-mata kerana seorang lelaki?
Pernahkah:
  -Kawan anda menulis cerita mengenai anda dan sahabat tetapi anda di'watak'kan sebagai watak yang dibenci sedangkan sahabat anda yang lain merupakan watak yang disukai?
Pernahkah:
  -Kawan anda melukakan hati anda?
WALAU APA PUN YANG TERJADI,ADAKAH ANDA MENINGGALKAN SAHABAT ANDA TERSEBUT?
Kepada sahabat: Hargailah sahabatmu ini kerana sebagai seorang sahabat yang setia, tidak pernah sekali pun akan meninggalkan sahabatnya walau apa pun yang dilakukan..
Kalau kena tinggal juga maknenye memang perbuatan korang tu sangat-sangat lah TERUK!

I'M A FoOL-Jung Yong Hwa

Nan babo raso gu ro ga bwa
A pu ge he do gwen chan hun ga bwa
Mot nan sarang I ra no lyo de do
O jul su om nun ba bo raso

Nega won he jal he jwot don gol
Han bo ni ra do u so ju myon
Gu mi soro heng bok he

Gu nyo ga sarang han saram op get daji
I rok e gu nyo te so I sul pu nya
Jul su I so Heng bok ha sarang I Ra
a mu got do babo ra ji ana

 On je dun so ne mi nyon da hul gu go se
On je dun bu lo ju myon da hul gu go se
Pyonham ob shi gu go se I so jul ge
Gu nyo sarang hanika
nun baboraso..

Friday 22 April 2011

Fantasi Dua

   Lima orang shabat itu mengerumuni Danesya yang sedang mengigau  itu.Dia berbicara sendirian.Antasya menggaru-garu kepalanya kehairanan melihat gelagat Danesya.
   "Nesya ni..mengigau ke..ke sampuk?kes tido tak basuh kaki la ni",
kata Antasya.
   "Ish,,kau ni..ada pula kena sampuk..jangan nak menakutkan orang boleh tak",
ujar Imani.Tiba-tiba Danesya duduk bersila di atas katilnya.Dia yang masih memejamkan matanya berbicara sendirian dan bercakap dengan nada yang kuat.
   "Ya..saya memang pernah keluar dengan Shahrizal Jaafar..kenapa?",
uajar Danesya seperti sedang ditemu bual.
Lishani,Safiesya,Diaz,Antasya dan Imani saling berpandangan sesama mereka.Mereka menahan ketawa yang mula terkumpul dalam diri mereka.Hanya Antasya yang masih kehairanan dengan penyataan Imani,sama ada Danesya sedang disampuk atau mengigau.
   "Tak baik gosip-gosip ni Cik..Mana datangnya gosip ni..Kami kawan biasa je la..tapi kalau lelaki yang kacak as Shahrizal tu da syok kat saya,apa salahnya..saya terima je lah..",
sambung Danesya sambil tergelak kecil,masih mengigau.
   "Amboi..tuan hamba dah melebih ni..meluat patik mendengarnya",
kata Diaz yang mula meluat dengan kata-kata yang keluar dari mulut Danesya.
   "Apa kita nak buat dengan budak ni?tidur lena betul..sampai mengigau-ngigau",
kata Lishani.
   "Senang je..Ni ubatnya",
balas Safiesya ,tangannya mencapai bantal peluk kepunyaan Danesya lalu memukul kepala Danesya menggunakannya.
   "Masam betul bantal kau ni,Nesya",
kata Safiesya lagi.
Danesya terjaga.Dia kehairanan kerana dia dikelilingi oleh rakan-rakannya.
   "Yang korang semua ni kerumun aku kenapa?tak pernah tengok aku tidur ke?",
soal Danesya yang masih mamai.
   "Kau nak tau tak Nesya..Tadi kau kena sampuk",
kata Antasya.
danesya terperanjat dengan kata-kata Antasya.
   "Ish..ape yang kau mengarut ni Tasya..Tadi kau mengigau..dok cakap sorang-sorang maam orang gila",
terang Imani.Danesya menarik nafas lega.
   "Ha..apa lagi..jomlah kita bersiap ke kolej nak?",
Diaz berjalan keluar dari bilik Danesya.
   "Salah tu Diaz..marilah kita sekalian bersiap ke istana",
gurau Lishani yang mengekori Diaz daripada belakang.


   Langkah kaki Geng Nanana terhenti apabila melihat kertas yang ditampal pada papan kenyataan sukan kolej mereka.
   "OMG!!Kina,Nina read this",
jerit Wina.
   "PENCARIAN AHLI CHEERGROUP YANG BARU bagi pasukan Bola Sepak Kolej kita!!Wow!",
betapa terujanya Kina membaca notis tersebut sehinggakan dia melompat-lompat kegembiraan di hadapan papan kenyataan tersebut.
   "tou know what am I thingking,girlz?",
tanya Wina.Kina dan Nina tersenyum. Mereka tahu apa yang bermain dalam fikiran Wina sekarang.
   "We must be one of them!very sure",
kata Nina.Kina mengangguk.
   "Wah!ada apa ni..ada apa ni??kenapa korang dah macam beruk-beruk yang terlepas dari zoo ni?",
Imani datang untuk melihat notis tersebut dan menolak ketiga-tiga Geng Nanana tadi ketepi.
Kina menenangkan rakan-rakannya yang sedang menahan sabar.Rakan-rakan Imani yang lain tiba sejurus kemudian.
   "Lah..pencariaan ahli baru rupenye..ingat apa tadi",
Ujar Imani.
   "Eee..tak minat lah aku..selalunya cheer ni kena lompat-lompat..pakai baju seksi..ish..tak mahu..tak mahu..",
kata Diaz.
   "Alah tuan hamba..nanti kita buatlah cheer ala muslimah",
ujar Lishani pula.Kina,Wina dan Nina yang setia mendengar mereka dari tadi ketawa terbahak-bahak sehingga mengalirkan air mata.
   "Ala muslimah?kau ni sewel ke?mana ada orang buat macam tu",
kata Nina.
   "Apasal pula..yang tak pernah orang buat tu lah kita kena cuba..macam tu baru pemain bola terpikat..Oh my Marouane Chamakh..Cesc Fabregas..Samir Nasri..Jack Wilshere..",
Safiesya berhenti melalut apabila semua memandang kearah belakangnya. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya.
   "Theo Walcott..",
tambah seorang lelaki yang sememangnya mereka kenali yang sedang berdiri berhadapan dengan Safiesya.Dibelakang  Lelaki tersebut berdiri tiga orang rakanya.
   Mereka semua terperanjat begitu juga dengan safiesya. Kapten Pasukan Bola Sepak Kolej mereka yang terkenal dengan kehenseman dan kehebatan skil-skil bermain bola sedang berada dihadapan mereka.Kesemua mereka tergamam.
   Wina,Kina dan Nina tersenyum-senyum.
   "abang..abang..abang setuju tak kalau kitorang jadi ahli sorak untuk abang nanti..?Abang Hazriq mesti suka kan?", kata Wina yang berjalan menghampiri Hazriq,lelaki yang berkata-kata tadi lantas memeluk tangannya..Matanya menjeling kearah safiesya dan rakan-rakannya.
   "eee..meluat aku dengan minah ni..meluat",
kata Danesya.Dia terus menapak pergi meninggalkan rakan-rakannya yang masih berada di situ.Beberapa saat kemudiaan,rakan-rakannya mengikuti langkahnya.Mereka kembali kekelas masing-masing dalam keadaan hati yang membengkak.


   Safiesya dan danesya pantas mengemas barang-barang mereka sebelum berlalu keluar dari dewan kuliah mereka. semua pelajar jurusan kewartawanan sudah berpusu-pusu keluar.
   "Kau pernah baca cerita Cinderella tak,Fiesya?",
soal Danesya,tiba-tiba.Safiesya memandang Danesya kehairanan.
   "pernahlah..kenapa?time kecik-kecik,mak aku selalu belikan aku buku cerita ni",
kata safiesya. Langah mereka semakin laju kerana semakin dekat dengan foodcourt kolej. Perut mereka mulai berkeroncong minta diisi.
   "dalam cerita tu,Cinderella cantik sangat-sangat kan",
kata Danesya lagi.
   "mestilah..kan dia watak utama dalam cerita tu",
kata Safiesya lagi.
   "Hah..dalam cerita tu..akulah puterinya..cantik kan aku..aku lah puteri Cindanesya",
kata danesya lagi sebelum berlari-lari kecil meninggalkan Safiesya.
   "Woi!!nak pergi mana tu?",
tanya Safiesya.
   "pergi cari putera lah",
kata Danesya,lalu menghilang dari pandangan.Safiesya hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

Wednesday 20 April 2011

Fantasi Satu

  Seorang dayang sedang menghantar makanan kepada permaisurinya. Permaisuri itu melihat makanan yang terhidang sambil tersenyum.Tidak seprti permaisuri lain yang sopan santun kelakuannya,dayang tadinya yang menghantar makanan berubah wajahnya.Makanan dihidang tadi habis sekelip mata.Teruk sungguh kelakuan sang permaisuri.
  "Hai adinda..wazzup..wazzup..", 
sapa buah hati pengarang jantung sang permaisuri yang pelahap tadi.
  "Wazzup juga wahai kekanda..",
Permaisuri tadi menoleh kearah buah hatinya. Dia terkejut apabila melihat wajah kekasihnya berubah.
Diaz tersentak daripada lamunannya. Rakan-rakannya hanya menggelengkan kepala.Diaz sekadar tersengih.
   "Hah,Dah sampai mana?Sepanyol?",
sindir Safisya.
Diaz menongkat dagunya sambil menyelak-nyelak buku rujukan dihadapannya.
   "Ha..Berangan tak sudah",
sindir Danesya pula.
   "Alangkah bahagianya kalau aku dapat pak we anak raja..tapi tadi pak we aku berubah jadi singa..terkejut aku",
ujar Diaz.
   Wina,Nina,dan Kina menghampiri Diaz dan rakannya.
   "Apa?apa?tadi aku dengar ada orang nak pak we anak raja..pergh,menggunung betul cita-cita",
kata Wina berbaur sindiran.
Diaz,Danesya dan Safiesya menarik wajah menyampah.'Sibuk betul lah minah-minah sengal ni..',getus hati Safiesya.
   "ai,kata geng korang ni anti-couple..",
Tambah Kina pula apabila Diaz dan rakan-rakanya hanya mendiamkan diri.
   "Kitorang memang anti-couple..tapi kalau anak raja ke..football player ke..artis hollywood,bollywood,koreawood ke, kitorang terima je..",
jelas Danesya.
Wina,Nina dan Kina saling berpandangan sebelum mereka meletus,ketawa terbahak-bahak.
 "Ceh..ada hati nak diorang..korang ingat korang ni siapa?Victoria Bekcham?berangan!!",
kat Kina lagi.
Danesya mengambil sebuah buku setebal kamus dewan sebelum mengetuk kepala Kina,Wina dan Nina.
   "Hoi,sakit lah..ingat kepala aku ni kepala bapak kau ke!",
pekik Wina.Dia juba membalas perbuatan Danesya dengan menarik rambut mereka. Safiesya dan Diaz menentang Kina dan Nina manakala Wina bertentangan dengan Danesya. Perlawanan bermula.Loceng dibunyikan.Pentas perlawanan dikelilingi oleh penonton yang bersorak kuat memberi sokongan kepada Danesya dan rakanya. Perlawanan berlangsung berjam-jam dan akhir nya kemenangan milik Danesya dan kawan-kawannya.
  "Hello!minah berangan! kenapa diam?dah tak de modal ke?", 
Kina teriak. Danesya tersedar.Lamunan mengganggunya sekali lagi.Dia tersenyum sendirian.Diaz dan Safiesya juga tersenyum teringatkan lamunan masing-masing.Em,,inilah gelagat budak berangan.
   "Wina,jom lah kita blah dari sini.Dari muka diorang je,aku dah tau..ni mesti baru habis berangan..okeylah geng kuat berangan,Geng Nanana nak chow dulu..tolong bagi laluan untuk kitorang ye..jangan menyemak ditengah jalan",
ujar Nina.
   "bye..bye..day dreaming geng..daa..",
tambah Kina lagi sebelum mereka beredar.


   Sedang sibuk Pensyarah Leyla mengajar,fikiran Lishani melayang entah kemana.Dia menongkat dagunya sambil membuka dan menutup zip bekas pensilnya.
   Seorang wartawan menyerbu masuk kedlalam studio rakaman milik Lishani.Dia yang sedang merakam lagu terbarunya terperanjat sebelum keluar menghampiri wartawan tersebut.
  "Why you all semua datang ke studio saya?",
soal Lishani.
   "Em..betul ke saya dengar Lish ada menjalinkan hubungan dengan seorang anak Dato' yang terkenal di Malaysia ni?",  
soalan wartawan ,mencari kepastian.
   "Eh,mana ada..tidak sama sekali. Siapa yang sebarkan gosip ni..",
ujar Lishani. Mukanya berkerut erana pelik dengan pertanyaan tersebut.
   "Jadi..kalau tidak..bagaimana berita ini boleh tersebar?Cerita ni kian tersebar di halaman siber",
kata wartawan itu lagi.
   "Mungkin pelanduk dua serupa kot..saya  tak ada masa lah nak bercinta. Masa saya banyak dihabiskan untuk bekerja.",
balas Lishani.
   "em..kalau begitu,kenapa dewan ni dah kosong?", 
tanya wartawan itu lagi.
   "Ha?dewan kosong?",
Lishani pelik. Perlahan-lahan,keadaan sekitarnya yang tadi merupakan sebuah studio rakaman bertukar menjadi sebuah dewan kuliah yang kosong.Lishani tersedar dari lamunannya.
   "Ish..ni lah masalahnya kalau berangan je..kuliah dah habis pun,duduk lagi kat dalam dewan",
rungut Lishani sendirian sambil mengemas barang-barang nya sebelum keluar.Lishani terserempak dengan Imani yang kebetulan lalu dihadapannya.
   "Eh,Kak Lish..Kenapa aka sorang je keluar dari dewan tu?kena halau dengan prof ke?",
soalan Imani,kehairanan.
   "banyak lah kena halau. aku terberangan la..tu yang tertinggal sorang-sorang dalam dewan ni",
ujar Lishani sambil mencebikkan bibirnya.
   "Ya Allah..sampai macam tu jadinya.. Akak berangan apa tadi yang lama sangat tu?",
tanya Imani lagi. Lishani ketawa kecil.
   "Akak berangan jadi penyanyi tadi.ada wartawan temubual tau..Seronok betul",
cerita Lishani sambil tersenyum. Imani menggeleng-gelengkan kepalanya.
   Mereka kemudian laju mengatur langkah menuju ke food court kampus mereka.

   Antasya sendirian dirumah memandangkan kuliahnya hanya ada disebelah petang. Dia menyapu sampah sambil mendengar lagu Nobody dendangan girlband yang terkenal dari Korea,Wondergirl. Sedang asyik menghayati lagu tersebut, Antasya berkhayal yang mereka menari riang persis girl band tersebut.Asyik dia berkhayal hingga tidak sedar Diaz dan Safiesya sudah pulang. Mereka berasa pelik apabila melihat Antasya menari sambil menyanyi lagu Nobody dan menggunakan penyanpu sebagai mikrofonnya.
   "Hello,Tasya!",
panggil Safiesya sambil melayang-layangkan tangannya dihadapan muka Antasya.Antasya tersedar daripada lamunannya. Tasya tersengih.
   "hah,tak siap lagi..kejap lagi kan kita ada kelas.Tak nak pergi ke?",
soal Diaz.
   "Nak pergi lah ni..",
kata Antasya,kemudian berlalu kedalam biliknya.
   Safiesya menatap skrin laptopnya yang diriba. Dia menatap gambar yang dipamirkan satu persatu.
   "Em,cun juga aku ni ye",
Ujar Safiesya sendirian. dan tersenyum sendiri.