Friday 22 April 2011

Fantasi Dua

   Lima orang shabat itu mengerumuni Danesya yang sedang mengigau  itu.Dia berbicara sendirian.Antasya menggaru-garu kepalanya kehairanan melihat gelagat Danesya.
   "Nesya ni..mengigau ke..ke sampuk?kes tido tak basuh kaki la ni",
kata Antasya.
   "Ish,,kau ni..ada pula kena sampuk..jangan nak menakutkan orang boleh tak",
ujar Imani.Tiba-tiba Danesya duduk bersila di atas katilnya.Dia yang masih memejamkan matanya berbicara sendirian dan bercakap dengan nada yang kuat.
   "Ya..saya memang pernah keluar dengan Shahrizal Jaafar..kenapa?",
uajar Danesya seperti sedang ditemu bual.
Lishani,Safiesya,Diaz,Antasya dan Imani saling berpandangan sesama mereka.Mereka menahan ketawa yang mula terkumpul dalam diri mereka.Hanya Antasya yang masih kehairanan dengan penyataan Imani,sama ada Danesya sedang disampuk atau mengigau.
   "Tak baik gosip-gosip ni Cik..Mana datangnya gosip ni..Kami kawan biasa je la..tapi kalau lelaki yang kacak as Shahrizal tu da syok kat saya,apa salahnya..saya terima je lah..",
sambung Danesya sambil tergelak kecil,masih mengigau.
   "Amboi..tuan hamba dah melebih ni..meluat patik mendengarnya",
kata Diaz yang mula meluat dengan kata-kata yang keluar dari mulut Danesya.
   "Apa kita nak buat dengan budak ni?tidur lena betul..sampai mengigau-ngigau",
kata Lishani.
   "Senang je..Ni ubatnya",
balas Safiesya ,tangannya mencapai bantal peluk kepunyaan Danesya lalu memukul kepala Danesya menggunakannya.
   "Masam betul bantal kau ni,Nesya",
kata Safiesya lagi.
Danesya terjaga.Dia kehairanan kerana dia dikelilingi oleh rakan-rakannya.
   "Yang korang semua ni kerumun aku kenapa?tak pernah tengok aku tidur ke?",
soal Danesya yang masih mamai.
   "Kau nak tau tak Nesya..Tadi kau kena sampuk",
kata Antasya.
danesya terperanjat dengan kata-kata Antasya.
   "Ish..ape yang kau mengarut ni Tasya..Tadi kau mengigau..dok cakap sorang-sorang maam orang gila",
terang Imani.Danesya menarik nafas lega.
   "Ha..apa lagi..jomlah kita bersiap ke kolej nak?",
Diaz berjalan keluar dari bilik Danesya.
   "Salah tu Diaz..marilah kita sekalian bersiap ke istana",
gurau Lishani yang mengekori Diaz daripada belakang.


   Langkah kaki Geng Nanana terhenti apabila melihat kertas yang ditampal pada papan kenyataan sukan kolej mereka.
   "OMG!!Kina,Nina read this",
jerit Wina.
   "PENCARIAN AHLI CHEERGROUP YANG BARU bagi pasukan Bola Sepak Kolej kita!!Wow!",
betapa terujanya Kina membaca notis tersebut sehinggakan dia melompat-lompat kegembiraan di hadapan papan kenyataan tersebut.
   "tou know what am I thingking,girlz?",
tanya Wina.Kina dan Nina tersenyum. Mereka tahu apa yang bermain dalam fikiran Wina sekarang.
   "We must be one of them!very sure",
kata Nina.Kina mengangguk.
   "Wah!ada apa ni..ada apa ni??kenapa korang dah macam beruk-beruk yang terlepas dari zoo ni?",
Imani datang untuk melihat notis tersebut dan menolak ketiga-tiga Geng Nanana tadi ketepi.
Kina menenangkan rakan-rakannya yang sedang menahan sabar.Rakan-rakan Imani yang lain tiba sejurus kemudian.
   "Lah..pencariaan ahli baru rupenye..ingat apa tadi",
Ujar Imani.
   "Eee..tak minat lah aku..selalunya cheer ni kena lompat-lompat..pakai baju seksi..ish..tak mahu..tak mahu..",
kata Diaz.
   "Alah tuan hamba..nanti kita buatlah cheer ala muslimah",
ujar Lishani pula.Kina,Wina dan Nina yang setia mendengar mereka dari tadi ketawa terbahak-bahak sehingga mengalirkan air mata.
   "Ala muslimah?kau ni sewel ke?mana ada orang buat macam tu",
kata Nina.
   "Apasal pula..yang tak pernah orang buat tu lah kita kena cuba..macam tu baru pemain bola terpikat..Oh my Marouane Chamakh..Cesc Fabregas..Samir Nasri..Jack Wilshere..",
Safiesya berhenti melalut apabila semua memandang kearah belakangnya. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya.
   "Theo Walcott..",
tambah seorang lelaki yang sememangnya mereka kenali yang sedang berdiri berhadapan dengan Safiesya.Dibelakang  Lelaki tersebut berdiri tiga orang rakanya.
   Mereka semua terperanjat begitu juga dengan safiesya. Kapten Pasukan Bola Sepak Kolej mereka yang terkenal dengan kehenseman dan kehebatan skil-skil bermain bola sedang berada dihadapan mereka.Kesemua mereka tergamam.
   Wina,Kina dan Nina tersenyum-senyum.
   "abang..abang..abang setuju tak kalau kitorang jadi ahli sorak untuk abang nanti..?Abang Hazriq mesti suka kan?", kata Wina yang berjalan menghampiri Hazriq,lelaki yang berkata-kata tadi lantas memeluk tangannya..Matanya menjeling kearah safiesya dan rakan-rakannya.
   "eee..meluat aku dengan minah ni..meluat",
kata Danesya.Dia terus menapak pergi meninggalkan rakan-rakannya yang masih berada di situ.Beberapa saat kemudiaan,rakan-rakannya mengikuti langkahnya.Mereka kembali kekelas masing-masing dalam keadaan hati yang membengkak.


   Safiesya dan danesya pantas mengemas barang-barang mereka sebelum berlalu keluar dari dewan kuliah mereka. semua pelajar jurusan kewartawanan sudah berpusu-pusu keluar.
   "Kau pernah baca cerita Cinderella tak,Fiesya?",
soal Danesya,tiba-tiba.Safiesya memandang Danesya kehairanan.
   "pernahlah..kenapa?time kecik-kecik,mak aku selalu belikan aku buku cerita ni",
kata safiesya. Langah mereka semakin laju kerana semakin dekat dengan foodcourt kolej. Perut mereka mulai berkeroncong minta diisi.
   "dalam cerita tu,Cinderella cantik sangat-sangat kan",
kata Danesya lagi.
   "mestilah..kan dia watak utama dalam cerita tu",
kata Safiesya lagi.
   "Hah..dalam cerita tu..akulah puterinya..cantik kan aku..aku lah puteri Cindanesya",
kata danesya lagi sebelum berlari-lari kecil meninggalkan Safiesya.
   "Woi!!nak pergi mana tu?",
tanya Safiesya.
   "pergi cari putera lah",
kata Danesya,lalu menghilang dari pandangan.Safiesya hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

No comments: